awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kepimpinan tertinggi tentera Pakistan lakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Bangladesh

Bernama
Bernama
26/10/2025
13:39 MYT
Kepimpinan tertinggi tentera Pakistan lakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Bangladesh
"Kedua-dua negara kita akan saling menyokong antara satu sama lain," kata Mirza (kiri) kepada Yunus semasa pertemuan pada lewat Sabtu. - X @ChiefAdviserGoB
NEW DELHI: Pengerusi Jawatankuasa Ketua Turus Bersama Pakistan Jeneral Sahir Shamshad Mirza mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin interim Bangladesh, Muhammad Yunus ketika kedua-dua negara terus memperkukuh hubungan dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan, pelaburan dan pertahanan.
Menurut laporan media tempatan, Mirza menekankan ikatan sejarah, budaya dan hubungan antara rakyat antara kedua-dua negara.
"Kedua-dua negara kita akan saling menyokong antara satu sama lain," kata Mirza kepada Yunus semasa pertemuan pada lewat Sabtu, menurut laporan Bangladesh Sangbad Sangstha pada Ahad.
Penasihat Keselamatan Negara Bangladesh Khalilur Rahman turut hadir dalam pertemuan antara ketua angkatan tentera Pakistan itu dengan Ketua Penasihat Yunus.
"Perbincangan tertumpu kepada usaha meningkatkan kerjasama dua hala, termasuk dalam bidang perdagangan, kesalinghubungan dan pertahanan," menurut Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Dhaka dalam satu hantaran di platform X.
"Kedua-dua pihak menzahirkan kepuasan terhadap perkembangan positif hubungan dua hala," menurut kenyataan itu.
Bandar pelabuhan Karachi dan Chattogram telah dihubungkan melalui perkhidmatan perkapalan terus tahun lepas, dan kini kedua-dua negara merancang untuk melancarkan penerbangan terus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera pakistan
#sahir shamshad
#mirza
#Bangladesh
#Muhammad Yunus
#perdagangan
#pertahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan