awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan pembunuhan George Floyd langkah besar menentang perkauman - Biden

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2021
00:50 MYT
Keputusan pembunuhan George Floyd langkah besar menentang perkauman - Biden
Presiden Joe Biden menggambarkan kematian George Floyd satu pembunuhan secara terang-terangan dan memperlihatkan kepada dunia masalah perkauman di Amerika Syarikat. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Presiden Joe Biden menggambarkan kematian George Floyd satu pembunuhan secara terang-terangan dan memperlihatkan kepada dunia masalah perkauman dan kepolisan di Amerika Syarikat.
Biden berkata, keputusan bersalah mahkamah terhadap bekas pegawai polis Derek Chauvin menjadi langkah besar ke hadapan menentang perkauman sistematik.
Langkah itu jelas Biden tidak boleh berhenti setakat itu.
Biden memuji para pegawai polis yang memberi keterangan dalam perbicaraan dan tidak bersifat sebelah pihak dan berdiam diri.
BACA: Kes Floyd: Bekas polis Derek Chauvin dihukum penjara sehingga 40 tahun
Tambahnya keputusan mahkamah itu memberi mesej yang jelas tetapi reformasi tidak boleh dihentikan hanya dengan keputusan berkenaan.
"Untuk melakukan perubahan dan pembaharuan yang nyata, kita boleh dan harus melakukan lebih banyak untuk mengurangkan kemungkinan tragedi seperti ini berulang," kata Biden.
Beliau mengatakan bahawa pembaharuan sebenar sangat penting untuk memastikan orang berkulit hitam dan coklat tidak takut berinteraksi dengan penguatkuasa undang-undang.
"Kita berpeluang untuk mengubah trajektori di negara ini. Harapan dan doa saya agar kita dapat teruskan legasi ini," katanya
Topic Berkaitan
#polis
#Derek Chauvin
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#presiden
#George Floyd
#orang kulit hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan