awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Ivory Coast letak jawatan susulan pilihan raya perundangan

Bernama
Bernama
08/01/2026
02:45 MYT
Kerajaan Ivory Coast letak jawatan susulan pilihan raya perundangan
Perdana Menteri Ivory Coast Robert Beugre Mambe yang meletak jawatan. - Foto Facebook Dr Beugre Mambe
KIGALI (Rwanda): Presiden Ivory Coast Alassane Ouattara pada Rabu menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Robert Beugre Mambe dan barisan Kabinetnya, menurut kenyataan pejabat presiden, lapor Anadolu Ajansi.
Peletakan jawatan itu membuka laluan kepada pembentukan kerajaan baharu susulan pilihan raya parlimen yang diadakan pada 27 Dis lalu.
Menurut kenyataan itu, sementara menunggu pelantikan perdana menteri serta anggota kerajaan yang baharu, perdana menteri dan anggota Kabinet yang meletakkan jawatan akan bertanggungjawab mengendalikan urusan pentadbiran semasa.
Parti pemerintah pimpinan Ouattara, Rally of Houphouetists for Democracy and Peace berjaya memperoleh majoriti dalam Perhimpunan Kebangsaan selepas memenangi 197 daripada 255 kerusi.
Pilihan raya itu diadakan selepas pilihan raya presiden yang berlangsung pada 25 Okt lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letak jawatan
#Ivory Coast
#Robert Beugre Mambe
#Pilihan Raya Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan