awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut

Bernama
Bernama
29/07/2022
08:53 MYT
Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Tokyo merekodkan 40,406 kes jangkitan buat pertama kali melepasi angka 40,000 ketika berdepan gelombang ketujuh wabak COVID-19 akibat varian Omicron. - Gambar fail/REUTERS
TOKYO: Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
Tokyo merekodkan 40,406 kes jangkitan buat pertama kali melepasi angka 40,000 ketika berdepan gelombang ketujuh wabak COVID-19 akibat varian Omicron, memetik laporan Kyodo.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jepun telah melaporkan 969,000 kes baharu, jumlah tertinggi di dunia dalam tempoh seminggu.
Majoriti pesakit terdiri dalam kalangan mereka yang berusia 20-an.
Sehingga Rabu, kadar penggunaan katil hospital melebihi 50 peratus di 19 wilayah lebih dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya, menurut data Sekretariat Kabinet.
Selain Tokyo, wilayah Saitama dan Chiba serta Hokkaido dan Aichi adalah antara kawasan yang turut melaporkan kes jangkitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes COVID-19
#pecah rekod
#Jepun
#Tokyo
#jangkitan
#gelombang
#WHO
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan