awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kesatuan Eropah rancang cipta stok mineral kritikal untuk kegunaan kecemasan - Laporan

Bernama
Bernama
05/07/2025
15:30 MYT
Kesatuan Eropah rancang cipta stok mineral kritikal untuk kegunaan kecemasan - Laporan
Brussels merancang langkah itu susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelemahan EU dalam menghadapi kemungkinan serangan. - Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk mewujudkan stok simpanan mineral kritikal dan komponen penting bagi pembaikan kabel dalam situasi kecemasan, menurut laporan Financial Times yang memetik draf dokumen Suruhanjaya Eropah, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut laporan itu, Brussels merancang langkah itu susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kelemahan EU dalam menghadapi kemungkinan serangan.
Dalam kerangka dokumen berkenaan, EU turut bercadang untuk mempercepatkan usaha membangunkan teknologi magnet kekal pada peringkat serantau.
Selain itu, negara anggota juga dikehendaki menyelaraskan penciptaan stok bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api nuklear.
"EU kini berdepan landskap risiko yang semakin kompleks dan meruncing, termasuk ketegangan geopolitik yang meningkat, konflik bersenjata, kesan perubahan iklim yang kian ketara, kemerosotan alam sekitar serta ancaman hibrid dan siber," menurut kandungan dokumen yang dilihat oleh Financial Times.
Financial Times turut melaporkan bahawa dokumen itu dijangka diterbitkan minggu depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#bahan api nuklear
#perubahan iklim
#alam sekitar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan