awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion

Bernama
Bernama
19/05/2022
04:21 MYT
Keselamatan makanan: Bank Dunia umum pembiayaan US$30 bilion
Malpass (kanan) menggesa negara-negara untuk melakukan usaha bersepadu bagi meningkatkan bekalan tenaga dan baja, membantu petani meningkatkan penanaman serta hasil tanaman. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Bank Dunia pada Rabu mengumumkan pembiayaan sehingga US$30 bilion di bawah pelan tindak balas global dalam usaha menangani krisis keselamatan makanan, lapor Xinhua.
Dalam satu kenyataan bank itu memaklumkan pembiayaan berkenaan adalah untuk sektor seperti pertanian, pemakanan, perlindungan sosial, air dan pengairan bagi tempoh 15 bulan akan datang.
Pembiayaan itu juga termasuk untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan baja, meningkatkan sistem makanan dan menyokong pengeluar dan golongan rentan.
"Kenaikan harga makanan memberi kesan buruk kepada golongan miskin dan rentan," kata Presiden Kumpulan Bank Dunia David Malpass.
Justeru, beliau menggesa negara-negara untuk melakukan usaha bersepadu bagi meningkatkan bekalan tenaga dan baja, membantu petani meningkatkan penanaman serta hasil tanaman selain "menghapuskan dasar menyekat eksport dan import".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Dunia
#Keselamatan makanan
#David Malpass
#pembiayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan