awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketandusan bekalan bantuan, hospital di Gaza berisiko ditutup

Agensi
Agensi
22/09/2024
00:00 MYT
Ketandusan bekalan bantuan, hospital di Gaza berisiko ditutup
Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah, di Gaza, berkemungkinan terpaksa ditutup dalam tempoh kurang daripada 10 hari akibat kehabisan bekalan minyak dan alat ganti generator bagi bantuan bekalan elektrik.
GAZA: Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir al-Balah, di sini, berkemungkinan terpaksa ditutup dalam tempoh kurang daripada 10 hari akibat kehabisan bekalan minyak dan alat ganti generator bagi bantuan bekalan elektrik.
Media tempatan melaporkan, hospital itu menerusi satu kenyataan menggambarkan keadaan kritikal itu dijangka mengancam nyawa lebih satu juta penduduk di Gaza Tengah yang berada dalam situasi berbahaya akibat serangan rejim Zionis.
Dalam tempoh setahun yang lalu, hospital itu beroperasi secara berterusan menggunakan generator tanpa henti meskipun bergelut dengan peperangan yang berterusan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan pelbagai organisasi antarabangsa lain turut digesa bertindak segera bagi menangani keadaan yang semakin meruncing di hospital tersebut.
Kenyataan itu juga berkata, sekiranya situasi itu tidak dibendung, ia berpotensi mencetuskan bencana kemanusiaan yang lebih mendalam bagi penduduk di Gaza.
Dalam perkembangan terbaharu konflik, 41,391 penduduk Gaza dilaporkan terbunuh dalam serangan berterusan Israel ke atas wilayah itu.
Serangan berterusan rejim itu menyebabkan majoriti penduduk Gaza terpaksa berpindah di tengah-tengah sekatan berterusan yang mengakibatkan kekurangan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Topic Berkaitan
#Perang Palestin-Israel
#Hospital Syuhada Al-Aqsa
#hospital gaza
#israel serang gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan