awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump

Bernama
Bernama
28/01/2025
05:00 MYT
Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump
Guterres menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.- Foto Reuters
HAMILTON (Kanada): Ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Setiausaha Agung (Antonio Guterres) melahirkan kebimbangan terhadap pengumuman pembekuan bantuan luar AS," kata jurucakap Stephane Dujarric semasa sidang akhbar, sambil menekankan peranan penting bantuan itu dalam menyokong populasi rentan di seluruh dunia.
Menekankan kepentingan memastikan program kemanusiaan dan pembangunan tidak terjejas, Dujarric berkata: "Setiausaha Agung menyeru agar pengecualian tambahan dipertimbangkan untuk memastikan pelaksanaan berterusan aktiviti pembangunan dan kemanusiaan penting untuk masyarakat yang paling rentan di seluruh dunia, yang kehidupan dan mata pencarian bergantung kepada sokongan ini."
Dujarric turut mengulangi kepentingan untuk terbabit dalam libat urus dengan pentadbiran Trump untuk menangani cabaran global secara kolaboratif.
"Setiausaha Agung berharap dapat terbabit dalam libat urus dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat mengenai penyediaan sokongan pembangunan yang amat diperlukan kepada mereka yang bergelut dengan cabaran paling sukar yang dihadapi dunia membangun," kata jurucakap itu.
"AS ialah antara penyumbang bantuan terbesar dan adalah penting untuk kita bekerjasama secara konstruktif bagi membentuk hala tuju strategik ke hadapan," tambahnya.
Pembekuan itu adalah sebahagian daripada perintah eksekutif Trump minggu lepas, yang meminta semakan selama 90 hari terhadap perbelanjaan bantuan luar bagi menilai penjajarannya dengan keutamaan dasar luar AS.
Meskipun memo itu menggariskan pengecualian untuk Israel dan Mesir, yang masing-masing menerima AS$3.3 bilion dan AS$1.3 bilion dalam pembiayaan ketenteraan luar setiap tahun, bantuan kepada sekutu utama AS lain, termasuk Ukraine, Jordan dan Taiwan dilaporkan terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Antonio Guterres
#Donald Trump
#bantuan kepada negara lain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan