awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB gesa Thailand, Kemboja ambil tindakan berhemah

Bernama
Bernama
25/07/2025
04:00 MYT
Ketua PBB gesa Thailand, Kemboja ambil tindakan berhemah
Guterres (foto) menggesa Thailand dan Kemboja supaya menahan diri sepenuhnya dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog dalam semangat kejiranan yang baik. -Gambar fail/Reuters
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa Thailand dan Kemboja supaya menahan diri sepenuhnya, kata seorang jurucakap PBB pada Khamis, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menggesa Thailand dan Kemboja supaya menahan diri sepenuhnya dan menyelesaikan pertikaian melalui dialog dalam semangat kejiranan yang baik.
  • Beliau menyuarakan kebimbangan terhadap pertempuran bersenjata yang berlaku di sempadan kedua-dua negara sejak Khamis.
  • Ketegangan semakin memuncak dengan kedua-dua pihak saling menuduh, dan Kemboja telah meminta Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar berhubung isu tersebut.

"Setiausaha Agung mengikuti dengan penuh kebimbangan laporan mengenai pertempuran bersenjata di sempadan Kemboja dan Thailand.
"Setiausaha Agung menggesa kedua-dua pihak supaya menahan diri sepenuhnya dan menangani sebarang isu menerusi dialog dalam semangat kejiranan yang baik, bagi mencari penyelesaian yang berkekalan terhadap pertikaian itu," kata Timbalan Jurucakap Ketua PBB Farhan Haq pada taklimat harian.
Keadaan di sempadan Thailand-Kemboja bertambah tegang susulan pertempuran pada Khamis.
Kedua-dua pihak saling menuduh antara satu sama lain susulan situasi yang semakin meruncing itu dengan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menggesa Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkara itu.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#PBB
#konflik Thailand-Kemboja
#pertempuran bersenjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan