awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB kecam cubaan bunuh calon Presiden Colombia

Bernama
Bernama
10/06/2025
02:50 MYT
Ketua PBB kecam cubaan bunuh calon Presiden Colombia
Guterres (kiri) menyampaikan sokongan beliau kepada Uribe Turbay dan rakyat Colombia serta mendoakan agar calon itu pulih sepenuhnya.
HAMILTON (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Isnin mengecam sekeras-kerasnya serangan ke atas calon Presiden Colombia, Miguel Uribe Turbay di ibu negara Bogota, baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jurucakapnya, Farhan Haq, Guterres menyuarakan kebimbangan yang mendalam terhadap insiden itu dan menekankan keperluan agar pihak bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Setiausaha Agung mengecam sekeras-kerasnya percubaan membunuh Miguel Uribe Turbay, calon Presiden Colombia, di Bogota pada 7 Jun," kata Haq.
Guterres turut menyampaikan sokongan beliau kepada Uribe Turbay dan rakyat Colombia serta mendoakan agar calon itu pulih sepenuhnya.
Menekankan kepentingan keadilan dan nilai demokrasi menjelang pilihan raya negara akan datang, kenyataan itu menyatakan bahawa serangan itu tidak boleh dibiarkan tanpa hukuman.
"Tindakan keganasan politik yang menjijikkan ini mesti disiasat sepenuhnya dan pihak bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan," menurut kenyataan itu.
Guterres turut menekankan bahawa pilihan raya tahun depan menawarkan rakyat Colombia peluang penting untuk mengukuhkan demokrasi melalui proses yang aman dan telus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ketua PBB
#Antonio Guterres
#calon Presiden Colombia
#Miguel Uribe Turbay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan