awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua PBB suarakan kebimbangan selepas Hezbollah, Israel berbalas serangan

Bernama
Bernama
26/08/2024
02:30 MYT
Ketua PBB suarakan kebimbangan selepas Hezbollah, Israel berbalas serangan
Juruukur bangunan dilantik kerajaan menaksir kerugian pada bangunan kediaman yang musnah akibat serangan pejuang Hezbollah terhadap Israel. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung pertempuran sengit merentasi sempadan antara Israel dan Hezbollah sepanjang malam, menurut kenyataan jurucakapnya pada Ahad.
"Tindakan ini membahayakan nyawa penduduk serta menimbulkan ancaman serius terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.
"Setiausaha Agung menggesa untuk meredakan ketegangan dan menyeru pihak-pihak terlibat segera melaksanakan Resolusi 1701 (2006) serta menghentikan segala bentuk permusuhan," kata Stephane Dujarric.
Pejuang Hezbollah melancarkan lebih 320 roket ke arah kedudukan tentera Israel, menurut kenyataan pergerakan Lubnan itu pada Ahad.
Terdahulu, Hizbullah mengumumkan serangan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Israel di pinggir selatan Beirut yang mengakibatkan kematian komander kanan mereka, Fuad Shukr.
Peningkatan ketegangan ini berlaku di tengah-tengah serangan besar-besaran Israel di Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 40,300 rakyat Palestin sejak 7 Oktober lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#Antonio Guterres
#Israel
#Hezbollah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan