awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua perunding Perjanjian Oslo meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
24/02/2023
00:10 MYT
Ketua perunding Perjanjian Oslo meninggal dunia
Ahmed Qorei mengalami jangkitan yang memerlukan rawatan di hospital dan selepas itu kesihatannya merosot dengan cepat. -Wikipedia
RAMALLAH: Ketua perunding Perjanjian Oslo, Ahmed Qorei yang juga bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin telah meninggal dunia ketika berumur 85 tahun.
Sumber yang rapat dengan keluarga Ahmed berkata, sebelum ini beliau mengalami jangkitan yang memerlukan rawatan di hospital dan selepas itu kesihatannya merosot dengan cepat.
Ahmed dilahirkan pada 26 Mac 1973 di Abu Dis, sebuah bandar berhampiran Baitulmaqdis.
Beliau memegang beberapa jawatan dalam Pihak Berkuasa Palestin (PA) termasuk sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali dari tahun 2003 hingga 2006 dan 2006 hingga 2007.
Presiden Palestin, Mahmud Abbas memberi penghormatan kepada Ahmed dengan menggelarkan beliau sebagai 'pejuang' yang tidak mengenal erti lelah demi negara tersebut.
Ahmed memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1960-an dan berkhidmat sebagai ahli Parlimen Jordan. Pada 1970-an, beliau menjadi ahli Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan terbabit dalam rundingan dengan pegawai Israel.
Pada tahun 1993, beliau memainkan peranan dalam rundingan yang ditaja Rumah putih sehingga membawa kepada perjanjian damai antara Palestin dan Israel semasa di bawah pemerintahan Presiden Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin. -Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Pembebasan Palestin
#Ketua perunding Perjanjian Oslo
#Ahmed Qorei
#Pihak Berkuasa Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan