awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Jong Un ajak Trump berjumpa lagi?

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2018
01:09 MYT
Kim Jong Un ajak Trump berjumpa lagi?
Donald Trump menjawab soalan pemberita semasa diwawancara di Pejabat Oval, White House, Washington, 20 Ogos 2018. Turut hadir, Sarah Huckabee Sanders (kanan sekali). REUTERS / Fail
Mungkinkah akan ada sidang kemuncak kedua menemukan Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.
Setiausaha Akhbar White House, Sarah Huckabee Sanders, berkata ada tanda-tanda positif hubungan Washington dengan Pyongyang kini memasuki episod baharu.
Surat diutus pemimpin Korea Utara Kim Jong Un untuk meminta pertemuan susulan selepas kejayaan sidang kemuncak di Singapura.
"Presiden telah menerima surat dari Kim Jong Un. Ia adalah surat yang sangat positif. Kami tidak akan dedahkan kandungan surat itu melainkan dengan persetujuan Korea Utara.
"Tujuan utama surat berkenaan adalah untuk meminta dan menjadualkan satu lagi mesyuarat dengan Presiden. Perkara itu kini diteliti di pihak kami. Perarakan di Korea Utara yang berlangsung baru-baru ini bukan mengenai pemilikan nuklear mereka.
"Presiden telah mencapai kejayaan dengan polisinya sehingga kini dan surat ini adalah bukti perkembangan hubungan dua negara ini.
"Beberapa perkara sudah berlaku, kepulangan jasad, banduan dibebaskan, tiada lagi ujian nuklear dan sudah tentu terkini sidang kemuncak dua pemimpin.
"Surat ini adalah indikasi perkembangan yang kita harap wajar berlaku," kata Sanders.
Ketika ini permintaan itu diterima dengan tangan terbuka dan sedang diteliti dan ada kemungkinan ia direalisasikan.
Sebelum ini, pertemuan kedua-dua pemimpin berlangsung di Singapura pada Jun lalu.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Kim Jong Un
#Korea Utara
#nuklear
#perbincangan
#pertemuan kedua
#Sarah Huckabee Sanders
#sidang kemuncak
#Singapura
#surat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan