awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Myanmar: AS kenakan sekatan terhadap syarikat milik kerajaan

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2021
02:17 MYT
Konflik Myanmar: AS kenakan sekatan terhadap syarikat milik kerajaan
Negara di Asia Tenggara itu berdepan krisis sejak kudeta Februari lalu apabila berlaku rampasan kuasa daripada pemerintan yang dipimpin Aung San Suu Kyi. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Rabu kenakan sekatan baharu terhadap Myanmar dengan mensasarkan dua syarikat milik negara itu.
Ia sebagai satu tindakan untuk mengutuk tindakan rampasan kuasa tentera dan pembunuhan terhadap penunjuk perasaan sejak Februari lalu.
Jabatan Perbendaharaan AS dalam satu kenyataan menyatakan, pihaknya menyenarai hitam Myanma Timber Enterprise dan Myanmar Pearl Enterprise.
Dakwanya industri mutiara dan kayu adalah sumber kewangan bagi tentera Myanmar.
Negara di Asia Tenggara itu berdepan krisis sejak kudeta Februari lalu apabila berlaku rampasan kuasa daripada pemerintan yang dipimpin Aung San Suu Kyi.
Susulan itu, protes berlaku setiap hari dan mengakibatkan ratusan orang awam terbunuh.
Sebuah badan aktivitis, The Assistance Association for Political Prisoners (AAPP), mendakwa 738 orang terbunuh dan 3,300 orang ditahan.
Manakala 20 orang lagi dijatuhkan hukuman mati dan bersembunyi sejak Februari lalu.
Washington sebelum ini sasar untuk menyekat pendapatan tentera.
Agensi Penyiasatan Alam Sekitar, mendokumentasikan penyalahgunaan industri kayu di Myanmar dan mendakwa junta tentera mendapat keuntungan daripada eksport jati melalui Myanma Timber Enterprise.
Kayu jati itu banyak dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah dan digunakan untuk dijadikan perabot mewah serta kapal layar.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#Amerika Syarikat
#sekatan
#tentera
#Junta
#keganasan
#protes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan