awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban akibat Taufan Rai di Filipina meningkat 208 orang, 50 lagi masih hilang

Bernama
Bernama
20/12/2021
05:47 MYT
Korban akibat Taufan Rai di Filipina meningkat 208 orang, 50 lagi masih hilang
Lebih 180,800 orang hilang tempat tinggal dan gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di lebih 3,000 kawasan di Filipina. - AP
Angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina minggu lepas, meningkat kepada 208 orang manakala lebih 50 lagi masih hilang, lapor Sputnik memetik media Filipina .
Sebilangan besar korban dilaporkan di wilayah Visayas Tengah (129 maut), diikuti Visayas Barat dengan 22 kematian,lapor The Manila Bulletin pada Ahad, memetik jurucakap Polis Filipina (PNP) Kol Rhoderick Augustus Alba.
Menurut akhbar itu, kematian akibat taufan turut dilaporkan di wilayah Filipina Caraga (10), Mindanao Utara (tujuh) dan Zamboanga (satu).
Lebih 180,800 orang hilang tempat tinggal dan gangguan bekalan elektrik dilaporkan berlaku di lebih 3,000 kawasan di Filipina.
Menurut pihak berkuasa banjir lebih 332,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas Rai melanda Filipina pada 16 Disember yang menyaksikan empat nyawa turut terkorban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taufan Rai
#Filipina
#mangsa korban
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan