awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban banjir Jakarta meningkat kepada 15

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2013
03:34 MYT
Korban banjir Jakarta meningkat kepada 15
Jumlah korban banjir di Jakarta meningkat kepada 15 apabila pasukan penyelamat menemui empat mangsa terbaru, jurucakap polis berkata demikian pada Sabtu.
Rikwanto, jurucakap polis Jakarta berkata, tiga mayat berjaya dikeluarkan pada Jumaat manakala satu lagi mayat yang terperangkap di tempat letak kereta bawah tanah sejak Khamis berjaya ditemui awal Sabtu.
“Jumlah kematian akibat banjir di Jakarta meningkat kepada 15 orang. Pihak penyelamat masih berusaha untuk mencari seorang lagi mangsa yang dipercayai terperangkap di tempat letak kereta bawah tanah bangunan tersebut,” katanya kepada AFP.
Tambahnya lagi, penyelam skuba pada Jumaat berjaya menyelamatkan dua lelaki yang terperangkap lebih daripada 24 jam dalam air setinggi empat meter di bawah tanah bangunan itu.
“Lelaki yang berkerja sebagai tukang cuci itu berjaya ditemui hidup pagi dan seorang juruteknik bangunan berjaya ditemui hidup sebelum tengah malam tadi,” tambahnya.
Banjir tersebut mengakibatkan lebih 18 ribu penduduk dipindahkan Jumaat lalu.
Banjir itu merupakan yang terburuk melanda Jakarta sejak tahun 2007 apabila 50 mangsa terbunuh dengan lebih 300 ribu penduduk dipindahkan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Jakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan