awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, AS akan adakan latihan ketenteraan 'terbesar' pada Jun

Bernama
Bernama
22/03/2023
21:31 MYT
Korea Selatan, AS akan adakan latihan ketenteraan 'terbesar' pada Jun
Anggota tentera Korea Selatan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan bersama AS di pusat latihan di Paju, Korea Selatan, 16 Mac 2023. - REUTERS
MOSCOW: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengadakan latihan ketenteraan 'terbesar' pada Jun sempena ulang tahun ke-70 perikatan mereka, lapor media Korea Selatan pada Rabu, memetik kementerian pertahanan.
Latihan itu akan mempamerkan keupayaan ketenteraan dan perpaduan kedua-dua negara di tengah-tengah usaha sama mengukuhkan pertahanan untuk mencegah aktiviti peluru berpandu Korea Utara di rantau itu, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Yonhap.
Pihak sekutu akan menggerakkan peralatan ketenteraan berteknologi tinggi termasuk aset tanpa pemandu pada latihan ketenteraan yang dijadual diadakan pada Jun, menurut kementerian itu.
Seoul juga merancang untuk mengadakan sambutan Hari Angkatan Tentera pada September dengan penyertaan Tentera AS di Korea bagi menzahirkan keupayaan pencegahan dan tindak balas "luar biasa" pakatan itu terhadap ancaman Pyongyang, lapor agensi berita itu.
Di samping itu, pada Oktober, kedua-dua pihak berhasrat mengadakan Mesyuarat Perundingan Keselamatan, menyaksikan Korea Selatan dan AS akan menjadi tuan rumah pertemuan pertama dengan Komando Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengesahkan sokongan mereka terhadap keselamatan di Semenanjung Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Korea Selatan
#latihan ketenteraan
#peluru berpandu Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan