awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan guna kaedah 'paling ketat' kesan radiasi dalam makanan laut Jepun

Bernama
Bernama
27/07/2023
07:19 MYT
Korea Selatan guna kaedah 'paling ketat' kesan radiasi dalam makanan laut Jepun
Pihak berkuasa makanan dan dadah memberi jaminan akan memeriksa dengan teliti dokumen asal kesemua makanan laut yang diimport dari luar negara, termasuk dari Fukushima. - Gambar fail/ Reuters
SEOUL: Kerajaan Korea Selatan mengguna pakai kaedah paling ketat untuk mengesan kemungkinan radiasi dalam import makanan laut dari Jepun bagi memastikan tiada kesan bahan berbahaya akan dibenarkan.
"Kerajaan sekali lagi menegaskan bahawa rakyat tidak perlu bimbang tentang keselamatan makanan laut di atas meja," kata Timbalan Ketua Pertama Pejabat Penyelarasan Dasar Kerajaan, Park Ku Yeon, semasa taklimat harian mengenai isu Fukushima pada Khamis, lapor Yonhap.
Park menjelaskan bahawa pihak berkuasa makanan dan dadah memeriksa dengan teliti dokumen asal kesemua makanan laut yang diimport dari luar negara, termasuk dari wilayah Fukushima.
Korea Selatan mengharamkan semua import makanan laut dari lapan wilayah Jepun berhampiran Fukushima pada 2013 atas kebimbangan terhadap tahap pencemaran akibat kerosakan loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi pada 2011.
"Apabila produk itu dianggap sesuai untuk diimport, pihak berkuasa menjalankan ujian radiasi terperinci di tapak.
"Walaupun jumlah sinaran minimum yang dikesan akan mengakibatkan pengharaman serta-merta ke atas produk," tambah Park.
Sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin, kerajaan menjalankan penilaian ke atas 55,548 kes makanan laut di peringkat pengeluaran tahun ini dan kesemuanya tidak menunjukkan sebarang kesan sinaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air sisa nuklear
#Fukushima
#Korea Selatan
#import makanan laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan