awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan siap sedia hadapi Taufan Hinnamnor

Faida Rahim
Faida Rahim
04/09/2022
02:40 MYT
Korea Selatan siap sedia hadapi Taufan Hinnamnor
Orang ramai di Shanghai, China menyaksikan ketibaan Taufan Hinnamnor, yang diklasifikasikan sebagai sangat kuat sehingga mampu menerbangkan manusia. - Foto REUTERS
SEOUL: Ribut tropika terkuat, Taufan Hinnamnor dilaporkan bakal membadai kawasan pantai selatan Korea Selatan, Selasa depan.
Penganalisis cuaca dari Pentadbiran Meteorologi Korea, Woo Jin-kyu memberitahu ribut kencang terkuat ini turut menjadi kebimbangan, berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan teruk di beberapa kawasan termasuk pulau peranginan Jeju dan bandar pantai selatan, termasuk Busan dan Ulsan.
“Ramalan menunjukkan kejadian ribut ke-11 tahun ini amat membimbangkan kerana akan menyebabkan tahap kerosakan mungkin di luar jangkaan kerana angin dan hujan melampau boleh mengakibatkan ribut taufan serta banjir," katanya.
Ribut tropika ini juga diramal membadai pantai di Wilayah Gyeongsang Selatan pagi Selasa dan bergerak ke pantai timur pada hari sama yang membawa hingga ke malam.
Sehingga Jumaat, angin taufan Hinnamnor bergerak dengan kelajuan maksimum 49 meter sesaat. Ia diklasifikasikan sebagai sangat kuat sehingga mampu ‘menerbangkan’ manusia dan mengalihkan batu.
Terdahulu, Taufan Maemi, yang melanda pada September 2003 turut diklasifikasikan sebagai ribut kuat.
Agensi kaji cuaca meramalkan Korea Selatan akan mengalami hujan lebat sehingga Selasa depan. Ribut taufan itu akan mencapai waktu kemuncak antara Isnin dan Selasa.
Topic Berkaitan
#Ribut Tropika
#hujan lebat
#Korea Selatan
#Taufan Hinnamnor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan