awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan tambah jumlah penerbangan antarabangsa mulai Mei

Bernama
Bernama
06/04/2022
05:10 MYT
Korea Selatan tambah jumlah penerbangan antarabangsa mulai Mei
Permintaan untuk perjalanan antarabangsa dijangka meningkat memandangkan banyak negara luar secara beransur-ansur menarik balik syarat kuarantin. - Gambar fail
SEOUL: Korea Selatan bakal menambah jumlah penerbangan antarabangsa ke Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara bebas kuarantin COVID-19, sebanyak 100 penerbangan setiap bulan bermula Mei.
Menteri Dalam Negeri, Jeon Hae Cheol pada Rabu berkata permintaan untuk perjalanan antarabangsa dijangka meningkat memandangkan banyak negara luar secara beransur-ansur menarik balik syarat kuarantin.
"Mulai Julai, kadar penerbangan akan dinaikkan kepada 300 setiap bulan. Pada masa ini, bilangan penerbangan antarabangsa ialah 420 setiap minggu, iaitu sebanyak 8.9 peratus berbanding ketika pra-pandemik," katanya.
Beliau berkata kerajaan juga akan menormalkan perkhidmatan penerbangan antarabangsa di beberapa wilayah lain.
"Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Cheongju dan Jeju boleh menyambung semula laluan antarabangsa pada Mei, sebelum diikuti lapangan terbang yang lain," katanya.
Menurut Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan langkah itu dijangka meningkatkan jumlah penerbangan kepada kira-kira 50 peratus berbanding 2019.
Kementerian juga bercadang untuk menormalkan semua dasar berkaitan penerbangan selepas negara ini mencapai fasa endemik iaitu sekitar Oktober.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#penerbangan
#kuarantin
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan