awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, Korea Selatan uji lapan peluru berpandu

Bernama
Bernama
06/06/2022
08:05 MYT
AS, Korea Selatan uji lapan peluru berpandu
Ujian berlangsung selama kira-kira 10 minit, bermula 4.45 pagi waktu tempatan pada Isnin (19:45 GMT pada Ahad). - Foto AP
MOSCOW: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) pada Ahad menguji sebanyak lapan peluru berpandu sebagai tindak balas kepada ujian peluru berpandu terbaru Korea Utara, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Yonhap.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) dalam satu kenyataan pada pagi Isnin memaklumkan bahawa peluru berpandu taktikal tentera darat telah dilancarkan dari kawasan pantai timur di Wilayah Gangwon Korea Selatan yang menyasarkan pelbagai sasaran ke Laut Jepun.
Ujian berlangsung selama kira-kira 10 minit, bermula 4.45 pagi waktu tempatan pada Isnin (19:45 GMT pada Ahad), menurut JCS.
Sementara itu menurut kenyataan Komando Indo-Pasifik AS ujian itu melibatkan satu peluru berpandu AS dan tujuh peluru berpandu Korea Selatan.
Selain itu, AS juga melakukan latihan peluru berpandu balistik bersama dengan Jepun.
Pyongyang dilaporkan telah menguji sebanyak lapan peluru berpandu balistik jarak dekat, termasuk jenis KN-23, dari empat lokasi berbeza ke arah Laut Jepun pada Ahad. Ujian peluru berpandu itu adalah yang ke-18 dilakukan Korea Utara sejak awal tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ujian Peluru Berpandu
#Korea Selatan
#Amerika Syarikat
#Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan