awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar peluru berpandu ketika pemimpin Jepun, Korea Selatan hadir sidang NATO

Agensi
Agensi
13/07/2023
01:00 MYT
Korea Utara lancar peluru berpandu ketika pemimpin Jepun, Korea Selatan hadir sidang NATO
Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) di luar pantai timurnya pada Rabu. - Gambar AP
KOREA Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) di luar pantai timurnya pada Rabu.
Tindakan itu menyebabkan kecaman daripada Amerika Syarikat serta pemimpin Korea Selatan dan Jepun yang bertemu di luar sidang kemuncak NATO.
Menurut Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno, peluru berpandu itu terbang selama 74 minit ke ketinggian 6,000 km dan jarak 1,000 km serta dianggap masa penerbangan paling lama untuk peluru berpandu Korea Utara.
Pelancaran itu dibuat selepas aduan dari Korea Utara dalam beberapa hari kebelakangan ini, menuduh pesawat pengintip Amerika terbang di atas zon ekonomi eksklusifnya.
White House mengecam pelancaran itu dan berkata ia akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatannya, Korea Selatan dan Jepun.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran itu.
Beliau menggesa Pyongyang mematuhi resolusi yang mengharamkan pembangunan peluru berpandu balistik dan menyambung semula dialog nyahnuklear di Semenanjung Korea.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang kini berada di Lithuania untuk sidang kemuncak NATO, mengadakan mesyuarat tergempar majlis keselamatan negara dan berjanji akan menggunakan sidang kemuncak itu untuk menyeru solidariti antarabangsa yang kukuh untuk menghadapi ancaman sedemikian.
Yoon dan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengadakan perbincangan berasingan dan mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran itu sebagai pelanggaran berat terhadap pelbagai resolusi PBB dan provokasi serius yang meningkatkan ketegangan.
Kishida pula berkata, pelancaran itu mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini dan menegaskan kerjasama lebih erat diperlukan antara kedua-dua negara jiran itu dan Amerika Syarikat.
Jepun berkata, peluru berpandu itu mendarat di laut timur semenanjung Korea dan kira-kira 250 km ke barat pulau Okushiri di utara Jepun. - Agensi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Korea Selatan
#Korea Utara
#peluru berpandu balistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan