awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara uji peluru berpandu jarak dekat

Bernama
Bernama
19/03/2023
06:39 MYT
Korea Utara uji peluru berpandu jarak dekat
Ujian peluru berpandu itu dibuat ketika Korea Selatan dan sekutunya sedang menjalankan latihan Freedom Shield. - Gambar fail/ AP
SEOUL: Korea Utara dilaporkan sekali lagi menjalankan ujian peluru berpandu balistik jarak dekat (SRBM) ke arah Laut Timur pada Ahad.
Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) berkata pihaknya mengesan pelancaran itu dari kawasan Tongchang-ri pada 11.05 pagi.
Kawasan itu merupakan tapak pelancaran roket jarak jauh Korea Utara, menurut Agensi Berita Yonhap.
"Sambil memperkukuh pemantauan dan kewaspadaan sebagai persediaan terhadap sebarang kemungkinan...tentera kami sentiasa bersiap sedia dengan kerjasama Amerika Syarikat," kata JCS dalam mesej yang dihantar kepada pemberita.
Ujian peluru berpandu itu dibuat ketika Korea Selatan dan sekutunya sedang menjalankan latihan Freedom Shield. Latihan itu diadakan selama 11 hari dan dijangka berakhir pada Khamis.
Minggu lalu, Korea Utara menguji peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) Hwasong-17, beberapa jam sebelum Presiden Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengadakan sidang kemuncak di Tokyo.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Korea Selatan
#peluru berpandu
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan