awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Afghanistan: ICRC gesa Bank Dunia henti sekat dana

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2021
02:04 MYT
Krisis Afghanistan: ICRC gesa Bank Dunia henti sekat dana
Peter Maurer berkata, ICRC akan terus bekerjasama dengan kerajaan baru Afghanistan. - Gambar hiasan/REUTERS
PRESIDEN Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menggesa Bank Dunia menamatkan pembekuan dana kepada Afghanistan.
Menurut Peter Maurer, sekatan berkenaan hanya akan menjejaskan sistem kesihatan Afghanistan.
Tambahnya, ICRC akan terus bekerjasama dengan kerajaan baru Afghanistan.
"Sekarang dengan Taliban sudah menubuhkan kerajaan, tiada sebab untuk kami tidak mengadakan libat urus dengan mereka untuk melihat bagaimana ICRC boleh memberi respons kepada keperluan mendesak yang terus wujud.
"Penghentian sementara dana daripada Bank Dunia tentunya memberi kesan kepada sektor kesihatan di Afghanistan.
"Saya menggesa Bank Dunia mencari jalan terbaik untuk menyambung semula sokongan kepada perkhidmatan kesihatan di Afghanistan," katanya pada Rabu di Kabul.
Maurer membuat kenyataan berkenaan susulan lawatan selama tiga hari ke negara itu.
Dalam lawatan tersebut, Maurer turut bertemu dengan pegawai Taliban dan melawat pusat perubatan, rehabilitasi dan penyakit.
Bank Dunia sebelum ini menghentikan dana selepas Taliban menguasai negara itu pada Ogos.
Dana berkenaan sebelum itu digunakan untuk membayar kakitangan perubatan di Afghanistan.
Dalam masa yang sama, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) turut dilapor menghentikan bantuan kepada negara itu selepas rampasan kuasa oleh Taliban.
Topic Berkaitan
#pembekuan dana
#ICRC
#Afghanistan
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan