awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Myamar: Blinken gesa China, ASEAN tekan junta Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2022
23:15 MYT
Krisis Myamar: Blinken gesa China, ASEAN tekan junta Myanmar
Antony Blinken berucap ketika lawatan rasminya ke Thailand, Bangkok. - Foto REUTERS
BANGKOK: Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa China dan anggota ASEAN untuk memberi tekanan kepada Myanmar bagi mengembalikan demokrasi.
Blinken dalam lawatannya ke Asia menyeru ASEAN untuk mendesak Myanmar bertanggungjawab terhadap Perjanjian damai Konsensus Lima Perkara.
Beliau turut menyatakan adalah menjadi tanggungjawab China untuk melihat Myanmar kembali ke jalan yang dilaluinya.
Tambah Blinken, sokongan serantau untuk pematuhan junta Myanmar kepada Perjanjian Konsensus Lima Perkara yang dibangunkan oleh ASEAN itu adalah kritikal namun ia tidak berlaku.
Tegasnya, negara-negara ASEAN perlu menuntut rejim tentera Myanmar untuk menghentikan keganasan dan pembebasan tahanan.
Sembilan anggota ASEAN dan ketua junta Myanmar Min Aung Hlaing pada April tahun lalu menandatangani perjanjian yang merangkumi pemberhentian serta-merta keganasan dan dialog antara semua pihak.
Tentera Myanmar telah meningkatkan tekanan terhadap tentera etnik minoriti sejak rampasan kuasa tahun lalu.
Tindakan itu berdepan dengan tentangan, termasuk daripada kumpulan militan yang bersekutu dengan kerajaan yang digulingkan.
Amerika Syarikat dan Thailand pada Ahad telah menandatangani perjanjian untuk mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara ketika Washington meningkatkan usahanya untuk menentang pengaruh China yang semakin meluas di Asia.
Blinken mengunjungi Thailand sehari selepas beliau bertemu Menteri Luar China Wang Yi di Indonesia di luar Mesyuarat Menteri Luar G20.
Topic Berkaitan
#Antony Blinken
#ASEAN
#Myanmar
#demokrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan