awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kubu kuat penentang anti kerajaan di Mali tumpas

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2013
23:37 MYT
Kubu kuat penentang anti kerajaan di Mali tumpas
Tentera Mali dan Perancis mencapai kejayaan besar selepas berjaya menawan kubu kuat penentang anti kerajaan di Gao.
Ia berjaya dikuasai semula selepas dua minggu operasi besar-besaran bagi menghapuskan ancaman kumpulan yang dikaitkan dengan rangkaian Al-Qaeda.
Dalam kenyataannya, Paris memaklumkan Bandar berkenaan berjaya dikuasai pada petang Sabtu.
Sebelum itu pemberontak dikatakan meletupkan jambatan dalam usaha menghalang kemaraan tentera kerajaan.
Menjelang petang sabtu beberapa kedudukan strategik termasuk lapangan terbang Gao berjaya ditawan manakala kelengkapan logistik penentang berjaya dimusnahkan.
Dengan kejatuhan Bandar berkenaan ia bermakna hampir keseluruhan utara negara itu bebas dari cengkaman pemberontak.
Gao bersama dua Bandar lain termasuk Timbuktu dikuasainya April lalu ketika Mali berdepan dengan kekacauan ekoran rampasan kuasa.
Sebelum kedua Bandar terbabit ditawan semula, tentera perancis melancarkan hampir 30 serangan bom.
Topic Berkaitan
#Al-Qaeda
#Gao
#Mali
#Perancis
#Timbuku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan