awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi jeneral tentera Rusia maut di Ukraine

Sinar Harian
Sinar Harian
10/03/2022
01:19 MYT
Lagi jeneral tentera Rusia maut di Ukraine
Pegawai tentera Rusia yang terbunuh itu dikenali sebagai Mejar Jeneral Vitaly Gerasimov, 45, dan beliau merupakan komander kanan Rusia kedua yang maut dalam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. -Foto Agensi
KIEV: Seorang jeneral tentera Rusia terbunuh berhampiran bandar Kharkiv dalam pertempuran dengan tentera Ukraine pada Isnin.
Kematian itu disahkan oleh Ketua Direktorat Perisikan Kementerian Pertahanan Ukraine dalam satu kenyataan.
Pegawai tentera Rusia yang terbunuh itu dikenali sebagai Mejar Jeneral Vitaly Gerasimov, 45, dan beliau merupakan komander kanan Rusia kedua yang maut dalam pencerobohan Rusia ke atas Ukraine yang dilancarkan pada 24 Februari lalu.
Kematiannya menjadi satu lagi tamparan hebat kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Pada minggu lalu, media Rusia melaporkan seorang lagi pemimpin tentera Rusia telah terbunuh.
Pemimpin tentera itu, Mejar Jeneral Andrei Sukhovetsky, 47, terbunuh semasa operasi khas diadakan di Ukraine.
Laporan menyatakan bahawa Sukhovetsky telah ditembak dan dibunuh oleh penembak tepat berhampiran Mariupol.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#krisis Rusia-Ukraine
#Vitaly Gerasimov
#Vladimir Putin
#jeneral tentera Rusia terbunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan