awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan

Bernama
Bernama
29/06/2024
08:00 MYT
Lagi negara haramkan TikTok bagi institusi kerajaan
Aplikasi itu diharamkan untuk "meningkatkan keselamatan siber." - Gambar hiasan
BELGRADE: Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Bardhyl Dobra berkata aplikasi itu diharamkan untuk "meningkatkan keselamatan siber."
''Kementerian Dalam Negeri mengesyorkan larangan memuat turun, penggunaan dan pengendalian aplikasi rangkaian sosial TikTok dan semua perkhidmatannya pada semua rangkaian komunikasi elektronik dan peralatan teknologi maklumat yang dimiliki dan diuruskan oleh institusi awam,'' kata Dobra.
Beliau juga berkata institusi kerajaan harus mengenakan sekatan teknikal untuk menghentikan operasi perkhidmatan TikTok.
Semua pegawai kerajaan turut bertanggungjawab untuk mengalih keluar aplikasi itu daripada peranti rasmi.
Keputusan itu selaras dengan undang-undang keselamatan siber Kosovo dan diterima sebulat suara oleh Anggota Kabinet.
INFO:
Semua negara "Five Eyes", sebuah perikatan perisikan yang terdiri daripada Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat, telah melarang pegawai mereka menggunakan TikTok pada peranti rasmi.
Topic Berkaitan
#TikTok
#haram
#negara yang haramkan tiktok
#Kosovo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan