awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat

Bernama
Bernama
26/09/2024
14:40 MYT
Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
NARATHIWAT: Lapan anggota renjer cedera dalam satu letupan bom yang menyasarkan trak pikap yang dinaiki mereka di daerah Rangae, Narathiwat, Selatan Thailand pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Rangae, Kol. Pol. Apakorn Virupakraksa, berkata dalam kejadian 11.20 pagi waktu tempatan, anggota renjer sedang melakukan rondaan di Kampung Hulu Parik.
"Siasatan awal mendapati bom buatan sendiri yang ditanam di tepi jalan meletup setelah diaktifkan ketika trak pikap anggota renjer lalu," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini pada Khamis.
Apakorn berkata semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
Polis sedang giat menjejaki individu atau kumpulan yang terlibat dalam serangan itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#renjer cedera
#letupan bom
#Narathiwat
#selatan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan