awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan sekeluarga mati ditembak di Krabi

Bernama
Bernama
11/07/2017
13:19 MYT
Lapan sekeluarga mati ditembak di Krabi
Lapan orang termasuk dua kanak-kanak perempuan dari satu keluarga mati ditembak oleh penyerang tidak dikenali di Kampung Ban Klang, Aolud di Krabi, selatan Thailand awal pagi tadi. - Foto BERNAMA
Lapan orang termasuk dua kanak-kanak perempuan daripada sebuah keluarga Islam tempatan mati ditembak di dalam rumah mereka di Kampung Ban Klang, Aolud di Krabi, selatan Thailand awal pagi tadi.
Menurut penolong bahagian siasatan Balai Polis Aolud, Kapt Suwit Keawpreecha berkata pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu pada 1.30 pagi waktu tempatan.
"Seorang daripada mereka yang terbunuh adalah ketua kampung dikenali sebagai Worayud Sanlang. Kesemua mereka mati akibat tembakan di bahagian kepala," katanya kepada media di sini hari ini.
Lima mangsa terdiri daripada tiga lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan ditemukan mati di dalam rumah itu manakala tiga yang lain iaitu ketua kampung terbabit, seorang wanita dan seorang lagi kanak-kanak perempuan disahkan meninggal dunia di hospital.
Suwit berkata, hasil siasatan awal menunjukkan sekumpulan enam hingga tujuh penyerang menaiki dua kenderaan dan memakai pakaian seragam tentera menyerbu rumah terbabit kira-kira 4 petang waktu tempatan serta menahan kesemua penghuninya.
Kesemua penyerang lengkap bersenjata itu menunggu ketua kampung yang hanya pulang pada 8 malam waktu tempatan dan polis percaya kesemua mangsa ditembak mati pada 12 tengah malam sebelum melarikan diri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aolud
#Kampung Ban Klang
#keluarga islam
#Krabi
#Lapan sekeluarga
#mati ditembak
#selatan thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan