awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand

Astro Awani
Astro Awani
31/01/2022
02:34 MYT
Lapangan Terbang Betong pintu pembangunan di selatan Thailand
Lapangan Terbang Betong akan membentuk hab yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di bawah rancangan pembangunan wilayah kerajaan.
BANGKOK: Pembukaan Lapangan Terbang Betong di wilayah Yala bakal membuka peluang kepada pembangunan ekonomi di selatan Thailand.
Menurut Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, lapangan terbang baharu itu adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan membangunkan ekonomi dan keselamatan di tiga wilayah sempadan selatan.
Tambahnya, lapangan terbang itu akan membentuk hab yang menghubungkan tiga wilayah iaitu Pattani, Narathiwat dan Yala di bawah rancangan pembangunan wilayah kerajaan, lapor Asia News Network.
Pelan itu mengkategorikan Pattani sebagai "Zon Pertanian", daerah Sungai-Klok Narathiwat sebagai "Bandar Penghubung Perdagangan Sempadan", dan daerah Betong sebagai "Bandar Pelancongan Model".
Ketiga-tiga zon ini juga akan dihubungkan dalam usaha meningkatkan pembangunan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Sementara itu penerbangan carter pertama dari Bangkok mendarat di lapangan terbang itu pada Sabtu.
Laluan Don Muang-Betong yang dikendalikan oleh Nok Air itu juga bakal meningkatkan perniagaan dan pelancongan di daerah Betong.
Syarikat penerbangan itu diberikan kebenaran untuk terbang di dua laluan komersial ke Yala iaitu laluan Don Muang-Betong-Don Muang dan laluan Hat Yai-Betong-Hat Yai.
Lapangan Terbang Betong juga menyediakan perkhidmatan penerbangan kerajaan dan swasta.
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Betong
#yala
#Prayuth Chan-o-cha
#Hat Yai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan