awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lawak bodoh' pengawal Istana Buckingham disiasat

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
04/09/2014
09:41 MYT
'Lawak bodoh' pengawal Istana Buckingham disiasat
Seorang askar British yang mengawal Istana Buckingham mengubah rutinnya apabila mencuba untuk menghiburkan pelancong dengan membuat 'aksi kawad bodoh' - Foto YouTube
Seorang anggota tentera British yang ditugaskan mengawal Istana Buckingham ‘mengubah rutinnya’ apabila cuba untuk menghiburkan pelancong dengan ‘membuat aksi kawad bodoh’.
Di dalam sebuah video yang dimuatnaikkan oleh seorang pelancong bernama Andy Richards, pengawal itu dilihat ‘berkawad secara bodoh’, ada ketikanya berpusing-pusing dan tunduk seolah-olah ingin memungut sesuatu.
Video berdurasi 3 minit 23 saat yang bertajuk ‘Buckingham Palace pirouetting guard shows off his funky dance moves’, telah mencatatkan lebih setengah juta tontonan sejak 20 Ogos.
BBC melaporkan bahawa askar itu kini sedang disiasat kerana melanggar disiplin tentera.
Memetik jurucakap tentera, laporan itu berkata "mana-mana anggota yang tidah patuh kepada standard tentera yang tinggi, akan berhadapan tindakan yang sewajarnya."
Topic Berkaitan
#Andy Richards
#Istana Buckingham
#kawad bodoh
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan