awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
Isu PTPTN: Kritikan terdahulu membuahkan hasil, pendidikan percuma berfasa kini fokus golongan rentan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan PM India ke Punjab dibatal kerana masalah kawalan keselamatan

Bernama
Bernama
05/01/2022
20:25 MYT
Lawatan PM India ke Punjab dibatal kerana masalah kawalan keselamatan
Modi terkandas di jalan raya akibat sekatan itu kira-kira 30 km dari kawasan sempadan dikenali Hussainiwala. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Kawalan keselamatan ketika Perdana Menteri India Narendra Modi melawat negeri utara Punjab pada Rabu menimbulkan tanda tanya apabila konvoi beliau dihalang oleh para petani yang membantah lawatan beliau itu.
Kementerian Dalam Negeri (MHA) negara itu menyebut Modi terkandas di jalan raya akibat sekatan itu kira-kira 30 km dari kawasan sempadan dikenali Hussainiwala.
Beliau kemudian membatalkan lawatan itu dan kembali ke New Delhi, menurut MHA.
Perdana menteri bercadang menaiki helikopter ke Makam Pahlawan Negara di Hussainiwala selepas mendarat di lapangan terbang di daerah Bathinda. Namun kerana hujan dan cuaca buruk, beliau memutuskan melakukan perjalanan darat yang mengambil masa dua jam ke destinasi berkenaan, tambah kenyataan itu.
"Perdana Menteri terperangkap di atas jejambat selama 15-20 minit. Ini adalah satu kesilapan besar dalam aspek kawalan keselamatan bagi perdana menteri," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyebut Perdana Menteri memutuskan untuk berpatah balik ke Lapangan Terbang Bathinda ekoran masalah keselamatan itu.
Pemimpin India itu juga dijadual melawat daerah Ferozepur untuk meletakkan batu asas bagi beberapa projek.
Dalam beberapa bulan terakhir, Punjab menyaksikan berlakunya bantahan besar-besaran terhadap tiga undang-undang pertanian persekutuan yang kontroversi, sehingga kerajaan terpaksa memansuhkannya pada November, setahun selepas digubal.
Punjab menyaksikan aktiviti politik yang sengit sebelum pilihan raya Parlimen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri India
#Narendra Modi
#bantahan petani
#isu kawalan keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan