awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/01/2025
09:30 MYT
Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ASEAN Malaysia - Duta
Tengku Sirajuzzaman berkata Perdana Menteri akan menyertai kira-kira 12 ketua negara asing dalam Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). - Gambar/ Astro AWANI
ABU DHABI: Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) merupakan peluang keemasan bagi Malaysia menguar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih ramai.
Duta Besar Malaysia ke UAE, Tengku Datuk Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin berkata Perdana Menteri akan menyertai kira-kira 12 ketua negara asing dalam Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW) dan menyampaikan ucapan semasa dialog bertajuk “ASEAN’s Interconnected Future: Linking Energy, Trade & Prosperity”.
“Ini forum pertama Perdana Menteri boleh uar-uarkan kepengerusian ASEAN kepada khalayak lebih luas. Ada 12 ketua negara akan sertai ADSW,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.
Menurutnya, antara ketua negara asing yang akan hadir ke ADSW adalah dari Azerbaijan, Kazakhstan, Kenya, Nigeria, Rwanda, Seychelles, Uganda, Uzbekistan, Albania, Finland, Itali dan New Zealand.
“Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Perdana Menteri juga akan meneroka peluang untuk mengukuhkan kerjasama serantau, terutamanya dalam konteks peranan ASEAN dalam mempromosikan pembangunan lestari dan inovasi hijau di Asia Tenggara,” tambahnya.
Tengku Sirajuzzaman berkata Anwar dijadual bertemu rakan sejawatnya, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum di Dubai pada Isnin.
“Perbincangan dijangka akan tertumpu kepada pengukuhan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, khususnya dalam sektor-sektor utama seperti tenaga boleh baharu, keterjaminan makanan dan tenaga, kecerdasan buatan dan pusat data.
“Selain itu, isu-isu serantau dan global yang berkepentingan turut akan dibincangkan,” katanya.
Perdana Menteri dijangka tiba di UAE pada 8 malam waktu tempatan (12 tengah malam waktu Malaysia) hari ini untuk lawatan kerja selama tiga hari sehingga Selasa sebelum berlepas ke United Kingdom.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#UAE
#ASEAN 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan