awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 125,000 guru di Myanmar digantung kerja

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2021
01:41 MYT
Lebih 125,000 guru di Myanmar digantung kerja
Seramai 125,900 guru digantung kerja pada Sabtu. - Foto REUTERS
YANGON: Lebih 125,000 guru di Myanmar digantung kerja oleh pihak tentera kerana menyertai gerakan keingkaran awam bagi membantah rampasan kuasa tentara Februari lalu, kata pegawai daripada Persekutuan Guru Myanmar.
Penggantungan itu dilaksana beberapa hari sebelum bermulanya sesi persekolahan baharu di negara berkenaan.
Namun ramai ibu bapa mengambil keputusan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa pihak tentera.
Seramai 125,900 guru digantung kerja pada Sabtu.
Menurut data terkini, jumlah guru berdaftar di Myanmar sejak dua tahun lalu adalah sebanyak 430,000.
"Tindakan ini bertujuan untuk menakutkan para guru supaya mereka kembali bertugas.
"Jika mereka memecat kesemua guru tersebut, sistem pendidikan di negara ini akan terhenti," kata pegawai berkenaan yang tidak mendedahkan identitinya kerana takut akan dikenakan tindakan oleh pihak tentera.
Topic Berkaitan
#Myanmar
#gantung kerja
#guru
#protes
#rampasan kuasa
#tentera
#Junta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan