awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 20 korban keganasan etnik di Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2013
23:32 MYT
Lebih 20 korban keganasan etnik di Myanmar
Jumlah korban keganasan etnik di Myanmar dijangka lebih ramai daripada angka yang telah disahkan kerajaan.
U Win Htein, ahli parlimen pembangkang yang mewakili Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) mendakwa, jumlahnya telah mencecah melebihi 20 nyawa.
Keadaan di bandar Meikhtila pada Jumaat dilapor masih tegang dan merbahaya kerana terdapat kumpulan kecil yang masih menyerang antara satu sama lain.
Kebanyakan penganut Islam dan Buddha dilapor meninggalkan bandar berkenaan bagi mencari perlindungan di kawasan selamat.
Usaha memadam kebakaran gagal dilakukan selepas dikatakan dihalang sami dan penganut Buddha
Dalam keganasan yang berlaku, sekurang-kurangnya lima masjid dilapor hangus dibakar selepas ia tercetus Rabu lalu.
Ia dikatakan tercetus selepas berlaku pertikaman lidah antara pemilik kedai emas dengan pelanggan yang beragama Buddha.
Sejurus selepas insiden, tentera dikerah ke kawasan sekitar 550 kilometer di utara ibu negara, Yangon.
Topic Berkaitan
#Budha
#Islam
#Meikhtila
#NLD
#U Win Htein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan