awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 200 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal di Kuantan

Bernama
Bernama
02/05/2021
03:16 MYT
Lebih 200 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal di Kuantan
Mohamad Noor memberi nasihat kepada penunggang motosikal yang ditahan atas pelbagai kesalahan di Kampung Tanjung Lumpur, dekat Kuantan, awal pagi tadi. --fotoBERNAMA
KUANTAN: Lebih 200 saman dikeluarkan kepada 156 penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan dilakukan mereka dalam satu operasi khas yang dijalankan di Tanjung Lumpur, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan telah melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan tersebut sekitar 8.45 malam.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas 156 motosikal itu melibatkan 161 individu termasuk dua wanita yang berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun.
“Pemeriksaan awal mendapati selain tidak ada lesen, kebanyakan motosikal tidak mempunyai nombor pendaftaran, menggunakan saiz yang kecil dan pelbagai warna bagi mengelak ia dibaca atau dikesan penguat kuasa.
“Sebanyak 35 motosikal turut disita kerana telah didapati melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan mereka.
"Polis juga telah keluarkan lebih 200 saman susulan, setiap daripada mereka terdapat satu kesalahan malah ada yang lakukan dua hingga tiga kesalahan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Tambah beliau, seorang anggota berpangkat sarjan telah mengalami kecederaan di bahagian kaki susulan cuba menahan motosikal yang akhirnya berjaya lolos dalam operasi tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#polis
#trafik
#saman
#lesen
#Mohamad Noor Yusof Ali
#Kuantan
#penunggang motosikal
#kesalahan
#nombor pendaftaran
#sarjan
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan