awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 4.8 juta umat Islam tunai umrah setakat ini - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi

Bernama
Bernama
15/02/2023
10:28 MYT
Lebih 4.8 juta umat Islam tunai umrah setakat ini - Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
Lebih 4.8 juta umat Islam telah menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi sejak musim umrah bermula pada 1 Muharram 1444 Hijrah bersamaan 30 Julai 2022. - Gambar fail
MAKKAH: Lebih 4.8 juta umat Islam telah menunaikan umrah di Makkah, Arab Saudi sejak musim umrah bermula pada 1 Muharram 1444 Hijrah bersamaan 30 Julai 2022.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MOHU) menerusi laporan statistik yang dikeluarkan hari ini menyatakan sejumlah 4,840,764 jemaah umrah telah tiba di negara itu setakat ini.
Daripada jumlah itu, seramai 4,258,151 jemaah antarabangsa telah kembali ke tanah air masing-masing sementara 582,613 lagi masih berada di negara berkenaan setakat Selasa.
"Daripada jumlah keseluruhan ketibaan, sebanyak 4,329,349 ketibaan melibatkan jemaah menggunakan laluan udara, manakala 507,430 ketibaan jemaah laluan darat," katanya.
"Hanya 3,985 pergerakan jemaah direkodkan menerusi laluan laut," menurutnya lagi seperti yang dipetik Agensi Berita Saudi (SPA).
MOHU baru-baru ini telah mengumumkan umat Islam yang memiliki visa lawatan peribadi, ziarah dan pelancongan termasuk jenis lain yang membenarkan kemasukan ke Arab Saudi, boleh mengerjakan ibadah umrah, melakukan ziarah dan menunaikan solat di Raudhah selepas membuat tempahan slot melalui aplikasi "NUSUK".
Tempoh visa umrah turut diumum dilanjut ke 90 hari berbanding 30 hari sebelum ini bagi kemasukan ke negara itu melalui jalan darat dan udara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Umat Islam
#tunai umrah
#Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
#Makkah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan