awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 51,000 isi rumah terjejas akibat banjir di Thailand

Bernama
Bernama
19/12/2022
15:41 MYT
Lebih 51,000 isi rumah terjejas akibat banjir di Thailand
Wilayah Narathiwat antara yang paling teruk dilanda banjir menyaksikan 29,113 isi rumah terkesan setakat ini. - Gambar/ Facebook Thai Enquirer
BANGKOK: Hujan lebat dan ribut yang berlarutan memburukkan lagi keadaan banjir di Thailand apabila bilangan isi rumah yang terjejas meningkat kepada lebih 51,000 setakat hari ini.
Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) dalam satu kenyataan memaklumkan wilayah yang terjejas termasuk Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Yala, Songkhla, Narathiwat, Pattani, Surat Thani, Satun, Trang, Amnat Charoen, Chanthaburi, Prachin Buri dan Chonburi.
"Banjir di Thailand menyaksikan peningkatan mendadak dalam jumlah mangsa menyaksikan 51,543 isi rumah dari 49 daerah terjejas," menurut jabatan itu.
Pada Ahad, sebanyak 15,696 isi rumah dari 305 kampung yang terletak di 33 daerah turut terjejas akibat banjir.
Wilayah Narathiwat antara yang paling teruk dilanda banjir menyaksikan 29,113 isi rumah terkesan setakat ini.
Sehingga kini, tiga kematian dilaporkan di Narathiwat dan menjejaskan sejumlah 11,616 isi rumah di lapan daerah di Songkhla, menurut jabatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Thailand
#Hat Yai
#bilangan mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan