awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki dipenjara tujuh minggu rakam video wanita mandi

Sinar Harian
Sinar Harian
21/10/2019
15:09 MYT
Lelaki dipenjara tujuh minggu rakam video wanita mandi
Dengan pantas mangsa yang juga rakyat Malaysia itu mengarahkan pancuran air ke telefon itu. - Gambar hiasan
Seorang lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh minggu oleh Mahkamah Singapura hari ini selepas mengaku bersalah merakam video seorang wanita yang sedang mandi.
Edmund Chong yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah berhubung dakwaan itu selepas dia ditangkap mengambil video seorang penyewa berusia 40 tahun yang tinggal di rumah neneknya.
Tindakannya itu disedari oleh mangsa apabila merasakan sesuatu yang tidak kena semasa sedang mandi dan melihat sekelilingnya sebelum ternampak telefon bimbit berwarna hitam sedang 'menunjuk' ke arahnya dari atas pintu tandas.
Dengan pantas mangsa yang juga rakyat Malaysia itu mengarahkan pancuran air ke telefon itu.
Wanita tersebut kemudian membuat laporan polis.
Selain ditahan, telefon, komputer riba dan pengecas komputer riba milik Chong turut dirampas.
Bagaimanapun Chong ketika dibicarakan membuat rayuan agar tidak dikenakan hukuman dengan alasan tidak mahu terlepas peluang melanjutkan pelajaran.
"Saya tahu saya melakukan sesuatu yang salah. Saya hanya ingin diberi peluang kerana saya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dan saya tidak mahu melepaskan peluang itu," katanya.
Dalam pada itu, ketika kejadian Chong mengakui berasa tertekan tentang keadaan kewangannya selain menghadapi masalah dengan teman wanitanya namun pihak mahkamah kekalkan hukuman tersebut. - Agensi
Topic Berkaitan
#Edmund Chong
#Mahkamah Singapura
#penjara tujuh minggu
#rakam video wanita mandi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan