awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki ditahan di Itali berhubung kematian 39 pendatang di Essex, UK

Bernama
Bernama
11/06/2021
06:05 MYT
Lelaki ditahan di Itali berhubung kematian 39 pendatang di Essex, UK
Pada 23 Oktober 2019, mayat 39 pendatang ditemui dalam sebuah trak kontena yang tiba di UK dari Belgium, kesemua mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas. - Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Polis dari Essex United Kingdom (UK) mengumumkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kematian 39 pendatang Vietnam pada 2019 telah ditahan, lapor Sputnik.
Lelaki itu ditahan dekat Milan, utara Itali oleh polis tempatan yang bekerjasama dengan Agensi Jenayah UK, kata polis.
Suspek itu bakal didakwa di mahkamah di Itali atas pertuduhan bersubahat membantu kemasukan pendatang secara haram dan melakukan jenayah.
Sebahagian besar anggota kumpulan penyeludup yang terlibat dalam sindiket itu telah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara. Antaranya ialah Ronan Hughes dan Gheorghe Nica dengan masing-masing dihukum penjara 20 dan 27 tahun.
Pada 23 Oktober 2019, mayat 39 pendatang ditemui dalam sebuah trak kontena yang tiba di UK dari Belgium, kesemua mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#sindiket
#Essex
#Vietnam
#Itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan