awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
04/04/2024
00:00 MYT
Lelaki mengaku curi tandas duduk emas bernilai RM286 juta
Tandas emas 18 karat yang bernilai RM286 juta pernah dicuri di Istana Blenheim, Oxfordshire, England. - Foto agensi
LONDON: Seorang lelaki mengaku mencuri tandas emas padu bernilai 48,0000 paun (RM286 juta) dari Istana Blenheim, Oxfordshire, England.
Istana Blenheim, sebuah tempat yang mempunyai kepentingan sejarah, juga adalah tempat kelahiran bekas Perdana Menteri United Kingdom, Sir Winston Churchill.
Difahamkan juga, tandas 18 karat itu adalah sebahagian daripada barangan yang pernah dipamerkan dalam pameran seni pada September 2019.
Tandas yang diberi nama 'America' telah dicipta oleh seorang artis seni Itali yang terkenal, Maurizio Cattelan.
Suspek, James Jimmy, 39, dari Wellingborough, mengaku bersalah di Mahkamah Oxford Crown atas kesalahan pecah rumah, mengendalikan barang curi dan konspirasi untuk melakukan pecah rumah.
Bagaimanapun, tiga rakannya lagi tidak mengaku bersalah melakukan rompakan itu dan mereka akan dibicarakan pada Februari 2025.
Sebelum ini, Jimmy pernah menjalani hukuman penjara selama 17 tahun selepas didakwa melakukan pelbagai kesalahan kecurian, termasuk sebuah traktor dan trofi dari Muzium Lumba Kuda Negara.
Berita mengenai tandas emas ini bukan kali pertama dilaporkan.
Pada tahun 2019, sebuah tandas emas bertatahkan berlian diperbuat seorang tukang emas di Hong Kong di pamerkan di Ekspo Import Antaranangsa China (CIIE) berlangsung di Shanghai.
Tandas mewah berharga 12 juta yuan (RM6.17 juta) mempunyai tempat duduk diperbuat daripada kaca kalis peluru dan bertatahkan 40,815 berlian kecil. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#tandas emas
#curi
#Istana Blenheim
#James Jimmy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan