awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki nyaris maut 'ditelan' ombak ketika 'selfie

Agensi
Agensi
26/02/2019
04:40 MYT
Lelaki nyaris maut 'ditelan' ombak ketika 'selfie
Rakaman detik cemas lelaki hampir 'ditelan' ombak. - Foto Agensi
Detik mencemaskan apabila seorang lelaki nyaris maut 'ditelan' ombak ketika berswafoto di atas tembok pantai di Scarborough, East Yorkshire.
Insiden itu berlaku ketika keadaan angin kencang dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.7 meter.
Jurugambar, Michael Knaggs berkata, hanya beberapa saat selepas berswafoto, lelaki berusia 30-an itu nyaris 'ditelan' ombak besar.
"Saya melihat ramalan kaji cuaca dan jadual air pasang surut pagi itu juga mengetahui ombak pasti akan berlaku.
"Saya pergi ke pantai untuk melihat keadaan tetapi terkejut apabila melihat seorang lelaki berjalan di atas tebing dan secara tiba-tiba berswafoto berlatar belakang ombak besar setinggi 3.7 meter, " katanya.
Tindakan lelaki itu nyata mengejutkan Michael hingga dia bersedia menghubungi pengawal pantai.
Bagaimanapun keajaiban berlaku apabila Michael ternampak lelaki itu beredar dari kawasan pantai dan menghilangkan diri.
"Dia memang bernasib baik." katanya.
Topic Berkaitan
#air pasang
#air surut
#cuaca
#east yorkshire
#maut
#michael knaggs
#ombak
#selfie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan