awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letupan di Jeti Sathorn Bangkok, tiada kecederaan dilaporkan

Agensi
Agensi
18/08/2015
08:16 MYT
Letupan di Jeti Sathorn Bangkok, tiada kecederaan dilaporkan
Dalam kejadian letupan pada Isnin, sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh termasuk pelancong dan berpuluh lagi cedera apabila sebutir bom meletup pada Isnin di luar sebuah kuil di tengah-tengah Bangkok. - Gambar Fail
Sebutir bom tangan dilaporkan dilempar di Jeti Sathorn di Bangkok sebentar tadi namun tiada kecederaan atau kemusnahan dilaporkan.
Lapor Bangkok Post, saksi melihat bom terbabit dilempar pada sekitar 1.20 petang waktu Bangkok (2.20 petang waktu Malaysia) dari Jambatan Sathorn ke arah tempat letak kereta di jeti terbabit namun melantun ke dalam air sebelum meletup.
Tiada sebarang laporan kecederaan atau kemusnahan dilaporkan.
Polis turut menutup Jalan Sathorn, laluan dari jeti menghala ke Stesen TBS Saphan Taksin.
Jeti Sathorn adalah terminal pengangkutan air Sungai Chao Phraya yang sarat dengan bot dan berhampiran stesen keretapi Skytrain Bangkok.
Ia juga tumpuan popular oleh pelancong dari China.
Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh termasuk pelancong dan berpuluh lagi cedera apabila sebutir bom meletup pada Isnin di luar sebuah kuil di tengah-tengah Bangkok yang sering dikunjungi pelancong.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Jeti Sathorn
#letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan