awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Letusan gunung berapi Iceland berakhir beberapa hari lagi

Bernama
Bernama
20/01/2024
08:10 MYT
Letusan gunung berapi Iceland berakhir beberapa hari lagi
Pakar memberi amaran bahawa masih terdapat risiko tinggi kejadian tanah runtuh di bandar berhampiran Grindavik. - Gambar/ Reuters
COPENHAGEN: Letusan gunung berapi di barat daya Iceland berkemungkinan akan berakhir beberapa hari lagi, menurut Pihak Berkuasa Meteorologi Iceland (Met) pada Jumaat.
Aktiviti seismik terus berkurangan dan pergerakan tanah kemungkinan semakin perlahan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kajian menunjukkan bahawa magma tidak lagi mengalir dan letusan sudah berhenti dan tahap bahaya bagi penilaian risiko di kawasan itu juga telah dikurangkan.
Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa masih terdapat risiko tinggi kejadian tanah runtuh di bandar berhampiran Grindavik.
Letusan gunung berapi di semenanjung Reykjanes, barat daya Reykjavik bermula Ahad lalu.
Semasa letusan itu, tiga rumah di pinggir utara Grindavik musnah akibat lahar panas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iceland
#gunung berapi
#letusan gunung berapi
#Grindavik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan