awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Libya larang kemasukan rakyat AS

Bernama
Bernama
28/09/2017
06:26 MYT
Libya larang kemasukan rakyat AS
Libya berdepan cabaran besar dalam hal berkaitan 'perkongsian beberapa maklumat, seperti keselamatan dan keganasan yang diperlukan untuk perlindungan keselamatan awam dan negara Amerika Syarikat.'
Tripoli dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, mengumumkan kerajaan sementara negara itu akan melarang rakyat Amerika Syarikat (AS) memasuki Libya.
Tindakan berkenaan sebagai tindak balas keputusan Presiden Donald Trump melarang warga Libya memasuki AS, lapor agensi berita China Xinhua.
Kerajaan sementara itu menyifatkan langkah Trump sebagai meningkatkan lagi ketegangan yang disasarkan ke atas rakyat Libya.
Libya turut menuduh AS meletakkan warganya sama seperti pengganas, kumpulan yang diperangi tentera negara itu dengan sokongan rakyat.
Kedutaan AS di Libya pada Isnin mengumumkan bahawa kemasukan rakyat Libya ke AS digantung atas alasan keselamatan.
Menurut kedutaan itu, Libya berdepan cabaran besar dalam hal berkaitan "perkongsian beberapa maklumat, seperti keselamatan dan keganasan yang diperlukan untuk perlindungan keselamatan awam dan negara AS."
Kerajaan sementara Libya diketuai Abdullah Thanni dan bersekutu dengan tentera di wilayah timur yang dipimpin Mejar Jeneral Umum Khalifa Haftar.
Thanni mentadbir Libya timur dan selatan serta sebahagian dari wilayah barat, selebihnya dikuasai kerajaan yang disokong PBB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdullah Thanni
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#keselamatan
#Khalifa Haftar
#Libya
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan