awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2025
23:15 MYT
Lima tebusan Thailand tiba di Bangkok
Tebusan warga Thailand ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi. - Foto AP
BANGKOK: Lima rakyat Thailand yang menjadi tebusan di Gaza akhirnya tiba dengan selamat di Bangkok pada Ahad setelah menjalani pemeriksaan perubatan selama 10 hari sejak pembebasan mereka.
Ketibaan mereka disambut penuh emosi oleh ahli keluarga serta wakil kerajaan.
Kumpulan ini sebelum ini ditawan oleh kumpulan pejuang Hamas ketika serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.
Selama dalam tawanan, mereka kebanyakannya dipenjarakan di bawah tanah tanpa terdedah kepada cahaya matahari, tidak mengetahui apa yang bakal berlaku.
Dalam insiden tersebut, seramai 31 rakyat Thailand, yang majoritinya pekerja sektor pertanian, telah diculik oleh Hamas.
Ini menjadikan mereka kumpulan terbesar bukan rakyat Israel yang dijadikan tebusan.
Sebanyak 23 orang telah dibebaskan dalam gencatan senjata terdahulu, manakala seorang lagi masih kekal dalam tawanan.
Kementerian Luar Negeri Thailand turut memaklumkan bahawa seramai 46 rakyat Thailand terkorban dalam konflik ini.
Walaupun melalui tempoh penahanan yang mencabar selama 15 bulan di tengah-tengah konflik Palestin-Israel, para tebusan menyatakan kepada pihak berkuasa bahawa mereka tidak pernah hilang harapan dan sentiasa percaya akan dibebaskan suatu hari nanti.
Sebahagian ahli keluarga telah terbang ke Israel untuk bertemu dengan mereka, manakala yang lain menunggu dengan penuh sabar di Bangkok.
Qatar, salah satu negara yang menjadi perantara, menyatakan komitmennya untuk memastikan pembebasan tebusan terakhir Thailand daripada tawanan Hamas.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#tebusan
#Gaza
#Hamas
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan