awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari

Bernama
Bernama
29/12/2024
09:35 MYT
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Maduro berkata bahawa gerakan sosial dan politik yang menyokong pentadbirannya "akan terus bergerak aktif dengan penuh kegembiraan dan pelbagai cara. - Reuters
CARACAS: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro menggesa penyokongnya turun ke jalanan "untuk mempertahankan undi" ketika beliau bersiap sedia mengangkat sumpah bagi penggal 2025-2031 pada 10 Januari, lapor Xinhua.
"Di setiap arena, kita mempertahankan hak kita untuk keamanan, kestabilan dan kedamaian," tulis Maduro di media sosial pada Sabtu.
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
Gabungan pembangkang, Democratic Unity Platform (PUD), mendakwa calonnya Edmundo Gonzalez Urrutia adalah pemenang sebenar pilihan raya dan merancang mengadakan majlis angkat sumpahnya pada 10 Januari.
PUD mendapat sokongan beberapa negara Barat.
Maduro berkata bahawa gerakan sosial dan politik yang menyokong pentadbirannya "akan terus bergerak aktif dengan penuh kegembiraan dan pelbagai cara," sambil menambah bahawa "pada 10 Januari, kekuatan rakyat akan hadir".
"Pada 10 Januari ini, rakyat Venezuela akan mengangkat sumpah dengan semangat yang mendefinisikan kita, demi perjuangan dan tanah air kita. Apa yang menanti pada 2025 adalah monumental!
"Mereka yang berusaha melemahkan kita telah gagal menundukkan kekuatan rakyat yang tidak dapat dipadamkan," katanya.
Beliau menggesa penyokongnya untuk terus berjuang mempertahankan hak dalam proses demokrasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nicolas Maduro
#demonstrasi
#angkat sumpah
#Venezuela
#ketegangan politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan