awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah Bangladesh kembalikan pentadbiran tidak berpihak untuk pilihan raya

Bernama
Bernama
20/11/2025
14:00 MYT
Mahkamah Bangladesh kembalikan pentadbiran tidak berpihak untuk pilihan raya
Yunus (gambar) memegang jawatan sebagai ketua pentadbiran sementara pada Ogos 2024, selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan susulan protes besar-besaran dan melarikan diri ke negara jiran, India. - AP
DHAKA: Mahkamah Agung Bangladesh pada Khamis mengembalikan peruntukan perlembagaan bagi kerajaan sementara tidak berpihak untuk menyelia pilihan raya umum, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Keputusan itu memperincikan pelaksanaan secara berperingkat, kata Peguam Negara Mohammad Asaduzzaman. Ini bermakna sistem itu belum lagi digunakan untuk pilihan raya akan datang pada Februari, yang akan diadakan di bawah pentadbiran sedia ada diketuai penerima Hadiah Nobel, Muhammad Yunus.
Yunus memegang jawatan sebagai ketua pentadbiran sementara pada Ogos 2024, selepas Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan susulan protes besar-besaran dan melarikan diri ke negara jiran, India.
Pada Isnin, Hasina dijatuhi hukuman mati secara "in absentia" atas jenayah yang dilakukan ketika penindasan ganas terhadap kebangkitan besar-besaran yang diterajui pelajar tahun lepas, yang menggulingkan kerajaan beliau sekali gus menamatkan pemerintahannya selama 15 tahun.
Diperkenalkan pada 1996, sistem pentadbiran sementara berkecuali itu diwujudkan untuk memastikan pilihan raya adil di Bangladesh, yang sering dicemari dakwaan manipulasi dan penipuan undi.
Sistem itu digunakan dengan berkesan dalam pilihan raya 1996 dan 2001, apabila pentadbiran kerajaan sementara yang diketuai bekas ketua hakim menyerahkan kuasa secara aman kepada parti pemenang dalam tempoh 90 hari.
Bagaimanapun, pilihan raya 2008 - yang tertangguh selama dua tahun - diselia pentadbiran separa tentera selepas parti-parti utama bertelagah mengenai tahap keneutralan kerajaan sementara ketika itu.
Sistem berkenaan dimansuhkan oleh parlimen pada 2011 ketika pentadbiran Hasina sebelumnya, susulan saranan Mahkamah Agung.
Parti-parti pembangkang mendakwa langkah itu bertujuan mengukuhkan kuasa Hasina, dan pilihan raya berikutnya di bawah pentadbirannya pada 2014, 2018 dan 2024 dicemari keganasan serta dakwaan meluas penipuan undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pilihan raya
#Bangladesh
#Mahkamah Agung
#kerajaan sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami