awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman

Bernama
Bernama
15/06/2023
13:21 MYT
Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan perkauman
Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara itu. - Gambar hiasan/Pexel
NEW DELHI: Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk "India....Who lit the Fuse?", yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
Panel hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad pada Rabu mengarahkan kerajaan India dan Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengambil langkah untuk memastikan filem dalam bahasa Arab itu tidak disiarkan melainkan kandungannya diteliti oleh pihak berkuasa, lapor media tempatan.
Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara itu.
"Filem itu secara negatif menggambarkan fungsi politik Negara India dengan memperlihat mereka bertindak memudaratkan kepentingan minoriti," kata peguam bagi pempetisyen kepada mahkamah, menurut laporan Hindustan Times.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#Mahkamah Tinggi
#anti-Islam
#kepentingan minoriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan